..bitter..sweet..my..life..aku..hidup..manis..pahit

!take it or leave it!

Monday, March 15, 2010

Shut up!

Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati org lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.

Bagi mereka yg beriman, lidah yg dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan utk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan utk mengeluarkan mutiara-mutiara yg berhikmah. Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia drp mengucapkan perkataan yang sia-sia.

HIKMAH DIAM

1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayan tanpa meminta maaf kpd orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

Hadis2 Rasullulah mengenai kelebihan diam yg bermaksud:

"Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya.
Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya".
(riwayat Abu Naim)

"Barangsiapa yg beriman kpd Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yg baik atau diam".
( riwayat Bukhari & Muslim)

"Barangsiapa diam maka ia terlepas dr bahaya".( riwayat At-Tarmizi)

Madah Dari Hukama:

Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak cakap tidak semestinya cerdik, kerana kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang oendiam lebih baik daripada orang bodoh yang banyak cakap.

Menasihati orang yang bersalah adalah tidak salah tetapi adalah salah memikirkan kesalahan orang.

Kalau orang menghina kita, bukan kita yang terhina tetapi yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri

jikalau kita tidak boleh bercakap ke arah kebaikan perkara terbaik yang patut diamalkan adalah DIAM.

...zikirminda...

No comments:

Post a Comment